Wednesday, August 25, 2010

SEHELAI T-SHIRT YANG DIHINA

   Selepas balik kerja pada pukul 6 petang, aku terus bergegas pulang. Hari itu adalah hari Khamis, ada pasar malam di Puchong. Aku cukup suka pada pasar malam itu. Bukan pada jualan makanannya. Juga sama sekali tidak pada pengunjung yang 'mantap'. Aku suka pada 'sesuatu' yang dijual di situ. Sesuatu yang bernilai namun dicop sebagai kain buruk oleh masyarakat.
   Bundle ialah pakaian yang terpakai yang diimport terus dari negara seperti USA dan Jepun. Ia juga adalah hobiku. Aku mengenal bundle sejak tingkatan empat. Waktu itu tahun 1999, tidak banyak kedai bundle yang boleh didapati di Malaysia. Seingat aku pada masa itu selain di Kelantan, bundle hanya boleh didapati di Jalan Chow Kit. Harganya sangat murah serendah RM5 dua helai kerana sasaran jualannya adalah untuk pekerja buruh binaan.
   Bagaimana aku boleh terpengaruh dengan bundle? Aku penggemar muzik rock. Aku banyak mendengar band-band asal berasal dari USA ataupun UK. Sebagai peminat, aku mahu kelihatan seperti mereka. Aku mahu memakai t-shirt yang tertera mana mereka. Tetapi ketika itu, baju(yang original) band-band yang berasal dari barat langsung tidak boleh didapati di Malaysia. Ia hanya boleh didapati dengan memesannya terus dari internet. Harganya termasuk kos pengahantaran paling murah RM100.
   Namun demikian, bundle menawarkan baju-baju band yang original dengan harga yang murah. Tetapi ia sangat sukar ditemui. Di dalam 1 guni bundle yang memuatkan lebih kurang 200 helai baju, baju band mungkin boleh didapati dalam 1hingga 4 helai. Ada juga yang tiada langsung. Jadi, apabila aku menemui baju yang aku cari, aku akan sangat gembira. Seperti seorang pemancing yang dapat mendaratkan seekor ikan pari yang beratnya dalam 40 kg. Mencari baju bundle memerlukan kesabaran yang tinggi sama seperti seorang pemancing.
   Sejak itu aku menggemari bundle sampai sekarang. Aku dapat 'release tension' dengan pergi ke kedai bundle. Penggemar bundle mencari perbagai jenis pakaian. Selain baju band, aku juga mencari pakaian berjenama mahal seperti Prada, Paul Smith, Lacoste, Lonsdale dan bermacam macam lagi. Aku dapat membeli jaket original Paul Smith  dengan harga RM10 yang dijual di butik KLCC dengan harga mencecah ribuan ringgit. Sebab itulah aku mengatakan bundle adalah jauhari bukan kedai kain buruk pada pandangan masyarakat umum. Aku juga menjual barang-barang bundle yang aku dapat. Pakaian yang bukan saiz aku, aku akan jual. Dan ia dapat menambah sumber pendapatan aku.
   Aku pernah dipandang rendah kerana memakai pakaian bundle. Mereka menganggap baju bundle yang aku pakai adalah baju tiruan kerana harga yang originalnya sangat mahal di butik-butik. Sudah tentu aku tidak mampu membelinya. Kadang-kadang mereka tidak tahu pun apa jenama yang aku pakai. Jadi mereka fikir aku pakai kain buruk dan tidak mengikut fesyen terkini. Mereka hanya tahu jenama yang di jual di Malaysia sahaja. Aku bersimpati dengan mereka. Namun aku tidak kisah. Aku tidak mengambil peduli pun, kerana aku tahu ada orang yang dapat menilai mana jauhari dan mana manikam. Mana yang ori mana tiruan.
  

Tuesday, August 24, 2010

SAINS & AGAMA

Sains umpama orang buta tanpa tongkatnya jika tidak berpandukan pada agama. Bukan aku kata. Albert Einstein yang kata. Tak kenal Albert Einstein? sila google.

MLM (Multi Level Marketing)

Maaf, saya tak berminat langsung. Tolong pergi main tengah jalan.

Sunday, August 22, 2010

JODOH


Jodoh itu ditangan Dia. Semua dapat terima hakikat ini. Tapi jika Dia menjodohkan seorang lelaki dengan 2 orang perempuan(katakanlah), kenapa pula tidak semua dapat terima hakikat ini?

Wednesday, August 18, 2010

MANUSIA

Engkau selalu lupa,
Sedang hatimu tetap lalai,
Padahal umur kian tiada, 
menambah dosa untuk dinilai.

KAWAN

Tiada manusia yang tidak berguna selagi dia mempunyai kawan yang baik.

BUANG BAYI

Hadis Rasulullah ada meyebut "Carilah walaupun sebentuk cincin besi untuk dijadikan mas kahwin". Tapi kenapa orang Melayu membuatkan perkahwinan itu sesuatu yang mahal?

HIDUP

Bila ada orang mengeluh, "susahnya hidup ini", hatiku bertanya, "dibandingkan dengan apa?".

Wednesday, August 4, 2010

Sunday, August 1, 2010

BUNDLE

Pakaian bundle adalah pakaian terpakai. Jangan beli nanti berjangkit kurap.

KANAK-KANAK BUKAN PENJENAYAH



TUJUAN HIDUP

Manusia yang materialistik, manusia yang mengejar pangkat dan kuasa, manusia yang berbuat baik dan manusia yang gila. Semuanya hanya untuk satu tujuan. Mencari kebahagiaan.

IMAN

Lahir dalam iman, hidup dalam iman tapi tak semestinya mati dalam iman. Lahir tak beriman, hidup tak beriman, tak semestinya mati tak beriman.

MASA

Masa itu di antara kerdipan pejam dan celik. Selepas itu engkau tersangat rugi.