Tuesday, September 15, 2009

KISAH BERTUDUNG ROKIAH BT. SAMSUDIN

Rokiah bt Samsudin seorang perempuan moden dan berfikiran terbuka. Dia berasal dari kota metropolis Kuala Lumpur. Bagi dia Malaysia adalah sebuah negara bebas dan dia boleh buat apa saja asalkan dia tidak menyusahkan orang lain. Sementara masih muda remaja Rokiah mahu menikmati kehidupan dan berhibur sepuas hatinya.
Suatu hari Rokiah ditawar melanjutkan pelajarannya di sebuah IPTA di negeri timur semenanjung Malaysia. Dia sudah risau kalau-kalau di sana tiada tempat untuk dia berhibur. Rokiah juga risau bolehkah dia bergaul dengan masyarakat yang berfikiran sempit seperti khabar-khabar angin yang dia dengar. Namun dalam masa yang sama dia agak teruja kerana di sana terkenal dengan tempat membeli belah dengan harga yang murah.
Lebih kurang setahun Rokiah belajar di sana, dia agak tertekan kerana hampir tiap kali keluar bersosial dengan kawan-kawannya, ada sahaja orang tegur dia, "kak, mana tudung?". Bagi dia, masih terlalu muda untuk bertudung. Dan kalau dia bertudung pun di sana, dia takut dilabelkan hipokrit oleh kawan-kawannya. Jadi, Rokiah cukup anti bila ada orang bertanya mana tudung. Dia menganggap masyarakat di sana kolot dan tidak 'sporting'.
Tapi yang sebenarnya adakah Rokiah hipokrit kalau dia bertudung? Mungkin Rokiah tidak pernah dengar pepatah Melayu ada menyebut 'masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum'. Rokiah telah jauh terglobalisasi sehingga hukum agama dan budaya hidup pun dia mahu 'stailo'. Rokiah oh Rokiah, anda sangat salah.

No comments:

Post a Comment