Setelah membuat sedikit penyelidikan tentang Faisal Tehrani(FT), aku mendapati beliau ingin menyebarkan ajaran Syiah secara halus di melalui penulisan samada di dalam buku atau blog beliau. Sila baca dulu halaman blog beliau ini. http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/08/rasulullah-saw-pun-bangga-dengan-iran.html
FT menyatakan "Oleh kerana saya sunni yang ingin mematuhi sunnah Rasulullah saw maka saya dengan rendah hati menurut sunnah baginda tersebut. Takkanlah saya ikut sunnah pun dikira salah? Masakan kita nak tuduh Rasulullah saw obses?" (sunnah yang dimaksudkan adalah sepeti hadith pertama di bawah, iaitu bangga dengan Iran).
Disini, FT menafikan yang beliau seorang Syiah. Tetapi dalam blog beliau lebih 50% artikel memuji dan berbangga dengan Syiah dan Iran. Dengan alasan Rasulullah SAW pun berbangga dengan Iran berpandukan dalil berikut,
Disini, FT menafikan yang beliau seorang Syiah. Tetapi dalam blog beliau lebih 50% artikel memuji dan berbangga dengan Syiah dan Iran. Dengan alasan Rasulullah SAW pun berbangga dengan Iran berpandukan dalil berikut,
Hadith pertama: "Mengikut sahih Muslim, Rasulullah SAW bersabda,"Sekiranya iman berada di bintang Suraya sekalipun, nescaya lelaki dari bangsa ini yang akan mencapainya (dituju kepada Salman al Farisi yang berbangsa Parsi)".
Parsi adalah negara Iran sekarang. Salman Al-Farisi adalah penyokong kuat kepada Saidina Ali RA. Beliau meninggal di zaman pemerintahan Saidina Uthman RA.
Saya ingin menegaskan dalil di atas sangat terkenal dikalangan puak Syiah. Ia di gunakan oleh puak itu sebagai senjata untuk berdebat dengan Ahli Sunnah Waljamaah tentang kebenaran Syiah, kononnya Syiah diiktiraf oleh Rasulullah SAW. Kita jangan cepat terpedaya. Kenapa beliau hanya menggunakan dalil itu tanpa melihat dalil-dalil yang lain? seperti dalil-dalil di bawah,
Hadith kedua: “Dari Abu Amir Abdullah bin Luhai, dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan, bahwasanya ia (Mu’awiyah) pernah berdiri di hadapan kami, lalu ia berkata : Ketahuilah, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda : Ketahuilah sesungguhnya orang-orang sebelum kami dari ahli kitab (Yahudi dan Nashrani) terpecah menjadi 72 (tujuh puluh dua) golongan, dan sesungguhnya umat ini(umat Rasulullah SAW) akan terpecah menjadi 73 (tujuh puluh tiga) golongan. Adapun yang tujuh puluh dua akan masuk neraka dan satu golongan akan masuk surga, iaitu “Al-Jama’ah”.
Disini saya ingin menekankan tentang istilah “Al-Jama’ah”. Kita lihat dalil berikutnya.
Hadith ketiga: “Dari Abdullah bin Umar berkata: Umar bin Khattab radhiallahu ‘anhuma pernah berkhutbah di Al-Jabiyah seraya berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berdiri di hadapan kami dan bersabda: “Barangsiapa dari kalian menginginkan tinggal di tengah-tengah syurga, maka hendaklah berpegang teguh kepada Al-Jama’ah, kerana syaitan bersama seorang (sendirian) dan dia dari dua orang, dengan lebih jauh”.
Ada banyak maksud tentang Al-Jama’ah (mengikut http://syar1.wordpress.com/2010/08/05/makna-al-jamaah/). Salah satu maksudnya adalah kelompok manusia yang besar sekali jumlahnya. Al-Jama’ah juga bermaksud, jama’ah ahlul Islam iaitu tatkala mereka bersepakat dalam satu urusan.
Kita sememangnya tahu bahawa Ahli Sunnah Waljamaah adalah kelompok Islam terbesar sekali di dunia. Dalam Ahli Sunnah Waljamaah, ada 4 mazhab utama iaitu Safi’e, Maliki, Hambali dan Hanafi. Kesemua mazhab ini bersepakat berteduh di bawah satu payung yang dinamakan Ahli Sunnah Waljamaah. Ini jelas berpadanan dengan Hadith kedua dan ketiga yang saya utarakan.
Jika FT betul-betul seorang Sunni seperti beliau katakan, kenapa dia tidak menyebut tentang hadith kedua dan ketiga supaya masyarakat tidak terkeliru dengan hadith pertama? Sedangkan hadith pertama hanya memuji keimanan bangsa Parsi (tidak semua bangsa Parsi itu Syiah), bukan mengatakan golongan itu sebagai golongan yang berada di jalan yang benar.
Ini jelas menunjukkan bahawa FT menyelit propaganda halus untuk masyarakat menerima secara perlahan-lahan fahaman Syiah di Malaysia. Caranya mudah, dengan menghidangkan kebaikan, keberanian dan kejayaan Iran dan puak Syiah. Contohnya keberanian Iran dan Hizboullah menentang Amerika dan Zionis Yahudi. Senang cerita taktiknya seperti kerajaan yang tidak putus-putus memuji dan mempromosikan parti kerajaan di dalam media massa, supaya rakyat percaya dan yakin kepada kerajaan. Itu saja. Sebelum kita terpedaya, wajiblah kita memohon pertolongan dari Allah untuk berlindung dari fahaman Syiah ini dan memberi petunjuk ke jalan yang benar.
P/S: Dalam blog beliau (artikel terakhir link yang sama seperti di atas), FT ada menyebut, "Nak tak nak, suka tak suka - masa depan Islam adalah di tangan Iran". Nampaknya FT bukan sekadar penulis, malahan seorang ahli nujum yang boleh meramalkan masa depan.
Salam.
ReplyDeleteMaaf, bukan untuk berdebat, tetapi penafian dan hujah FT lebih baik dan meyakinkan saya bahawa dia tidak syiah berbanding 'research' yang saudara lakukan untuk mengatakan beliau syiah. Mungkin saudara perlu membeli buku2 karya beliau, saya dah ada 9 buku, tiada satupun setakat ini menyentuh syiah.
Terima kasih.
kelakar la abang rok ni.
ReplyDeletehaha.
Salam sahabat ArenaMalaya,
ReplyDeletesy org baru dlm bidang ni. klu bleh mtk tnjuk ajar bagi link yg FT menafikan die syiah.
Ok.. Imam Malik rahimahullah juga pernah menjelaskan tentang Syiah:
"Mereka (Syiah) jangan diajak berbual dan jangan pula diberi perhatian, mereka adalah golongan pembohong".
Imam Syafie rahimahullah pula berwasiat:
...
"Belum pernah aku saksikan di kalangan manapun manusia yang begitu berani menjadi pendusta dan sebagai saksi-saksi palsu seperti golongan Syiah".
2 iman ni siap ckp jgn amik port dgn puak syiah. tapi kenapa FT siap mengagungkan mereka lg???? Adakah FT rse lg bijak dari 2 iman ini??
Salam perjuangan sahabatku Gelombang Rakyat,
ReplyDeleteada satu masalah la..perjuangan kita tidak sealiran la..hehe. Tapi tidak mengapa kawan, saya tidak kisah berkawan dengan sesapa pon asalkan org tu nk berkawan dgn sy..sy jgk bkn ahli mana2 parti politik..utk mempromosi blog saudara, jgn isau sy boleh letakkan link saudara di page saya.
Terima kasih
Seperti saudara Arena Malaya cakap di dalam semua buku FT langsung tidak menyentus ttg Syiah. Di sini saya ada mendapati seperti berikut,
ReplyDeletePantun FT dalam buku Saasatul Ibaad:
Ada berempat sahabat Nabi,
Ada seorang jadi khalifah,
Abu Bakar, Omar, Osman, dan Ali,
Saidina Ali suami Fatimah.
Dalam 4 sahabat nabi, dia hanya cakap sorang je yg jadi khalifah. Iaitu Ali. Sedangkan keempat-empat mereka adalah khalifah al-Rashidin. Di dalam ajaran Syiah, mereka hanya mengiktiraf Ali sebagai pengganti kepda nabi dan khalifah lain itu musuh mereka.
Metafora FT amat halus. jgn cepat terpedaya wahai sahabatku.
terima kasih.
tuan benar..kepada pengumpul buku FT sampai 9 buah tu, cuba baca pula buku dari abdullah hussain tajuk imam...sekian..
ReplyDeleteSalam semua,
ReplyDeleteapa la kalut yang FT tu syiah atau tak....orang syiah x perlu mengaku dia syiah sebab diaorang mengamalkan 'taqiyah' atau berpura-pura....lagi kuat iman seorang syiah bila dia selalu ber'taqiyah'.....x caya?....sila la cari rukun iman pengamal syiah....sekian.
Thank you for sharing. However, although iranian is very well known with Shiah, yet we can learn many things from them. On how they fight American (jews) for example. and how they are independent from america
ReplyDeleteowh,sy sgt teruja dgn info ni.sebelum ni sy minat jgk dgn penulisan2 FT..penulisan yg mantap..ttg dia syiah ni..mbuat sy sgt kompius..
ReplyDeletebyk jgk bca buku2 dia..tp xprnh beli la.msa kecik2 bca library pny,ade yg pnjm2 kwn..dh mcm ni bru trpikir..mna nk cr yer..nk bca buku2 tu semula..
tentang pantun tu patut baca komen FT, pantun tu bukan dia punya, cuma dia tolong copy dan paste di novel beliau. Saya juga selalu memuji dan meminati Albert Einstein dan selalu bercerita kepada kawan2 saya, adakah itu bermaksud saya yahudi yang berpura-pura islam juga?
ReplyDeleteamirul shaifullah shaharuddin(RMIT UNIversity Melbourne)
Deletekasut ungu
samakah kedudukan albert einstein dgn kedudukan sahabat sahabat yang dijanji kan syurga oleh Allah.. kalo bukan die punya sepatutnya die semak lah dulu ape maksudnya..takan orang secerdik faisal tehrani tak boleh pikir kot..
Dari dulu lagi aku dah tahu FT ni Syiah. Pernah gak aku komen dlm blog dia suruh dia insaf. End up habis aku kene ceramah balik dlm blog komen tu oleh pengikut2 setia si FT ni.
ReplyDeleteCuba baca ni (http://mufakkir-islami.blogspot.com/2012/07/membongkar-tembelang-syiah-faisal.html), kalau nak penjelasan yang lebih Ilmiah. Saya bersetuju dengan penulis blog ni.
ReplyDeletepak sedara aku p lawatan kat bahrain..masa lawatan tu, faisal tehrani sekeluarga pun ada skali..masa benti solat, faisal n family x solat skali ngn jemaah..siap tepuk2 paha lg lepas tahiyat akhir..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete