Heboh satu Malaysia mengatakan salah dan tersangat melampau membiarkan orang bukan Islam membaca al-Quran. Tetapi pada hakikatnya, dalil dari mana yang puak gila ini pakai?
Video Kesevan Subramaniam baca al-Quran:http://www.youtube.com/watch?v=cvGA-ciEZnk&feature=player_embedded
Sila tonton juga video ini:
http://www.youtube.com/watch?v=SKLrQcu5m58
Pendapat aku sama dengan penceramah Hussain Ye ini. Al-Quran bukan milik orang Islam sahaja. Kenapa mahu melatah bila orang bukan Islam menggunakannya? Seperti penceramah sebutkan dalam al-Quran ada mengatakan bahawa Islam diturunkan sebagai rahmat untuk seluruh alam. Panduan Islam adalah al-Quran. Maknanya seluruh makhluk (bukan orang islam sahaja) boleh menggunakan al-Quran. Sila bagi dalil atau nas, dalam al-Quran atau hadith yang menunjukkan orang bukan Islam tidak boleh baca al-Quran untuk menyangkal kenyataan ini. Harap maaf, dalil dari Utusan Malaysia atau Perdana Menteri tidak diterima ye.
Jika kita cakap bukan Islam akan menyalahgunakan dan mempermainkan ayat suci al-Quran, sila baca dulu petikan dibawah.
"Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang menjaganya." (surah Al-Hijr, ayat 9).
Di sini Allah telah memberi jaminan bahawa Dia akan menjaga al-Quran. Mampukah sebenarnya kita menjaga kesucian al-Quran? Jika orang bukan Islam menyalahgunakan al-Quran atau mempermainkannya, sudah tentu Allah akan melaknatnya. Samada di dunia ataupun di akhirat. Apa kita tidak yakin dengan janji Allah? Tetapi dalam video Kesevan Subramaniam baca al-Quran itu, saya tidak nampak pun dia mempermainkan Quran, juga apa yang dia bacakan itu adalah betul. Jadi dimana salahnya?
P/S: Jangan menjadi dangkal mudah terpengaruh dgn individu, parti atau media massa. Kaji dan selidik betul-betul dahulu sebelum membuat kesimpulan tentang sesuatu benda. Rujukan yang terbaik adalah al-Quran dan Sunnah.

No comments:
Post a Comment