Tuesday, May 31, 2011

SIAPA MAKAN GARAM DULU?

Dulu garam ketul-ketul, sekarang pakai garam halus. Kalau orang yang biasa masak pakai garam ketul, dia tak pandai pakai garam halus. Tapi orang juga manusia. Ego tak dengar cakap.

Monday, May 2, 2011

MAT KERETA

Mat kereta tidak cool kalau dalam blog pasang lagu jiwang. Kah Kah Kah

Sunday, February 6, 2011

TUNJUKKANLAH PERASAANMU

Jika demonstrasi dan tunjuk perasaan dianggap tidak bertamadun, ia juga diamalkan oleh rakyat negara maju seperti di USA dan Eropah. Jika ia dikatakan tidak islamik, rakyat negara Islam pun mengamalkannya. Jika ia tidak relevan, tunjukkanlah cara yang paling relevan untuk mereka yang tertindas melepaskan apa yang mereka tidak puas hati. Bukankah itu satu sifat kemanusiaan?

Monday, January 31, 2011

NASIB KITA KAUM BURUH

Mahu cari makan di bumi Tuhan,
Susah macam tengah perang,
Silap email kena surat amaran,
Silap cakap memang kena buang.

Mahu cari makan di bumi Tuhan,
Nasi ayam 5 ringgit sepinggan,
Air kosong 3 kupang,
Gaji cukup-cukup lepas minyak sebulan,
PTPTN kejar minta hutang.

Sampai bila mahu begini?
Sistem rosak, kerajaan gila babi,
Penyamun kaya kerja goyang kaki,
Buruh terseksa untuk sepeket maggi.

Bangun esok haraplah melawan.

Thursday, January 20, 2011

SAMPAH DI RADIO


Sudah semestinya anda pernah dengar lagu-lagu artis Hollywood dari Lady Gaga, Akon, Rihanna, Adam Lambert dan sebagainya. Lagu-lagu mereka ini sangat terkenal dan dipuja di segenap pelusok dunia. Artis Malaysia pun apa kurangnya. Kita setiap hari disajikan lagu dari Mizz Nina, Stacy, Hujan dan lain-lain di corong radio. Persoalannya adalah lagu-lagu mereka ini sangat tinggi kualiti seninya?

Pada pendapat saya, kesemua lagu arus perdana kini hampir 90% adalah sampah sarap. Sepatutnya seseorang  itu boleh berfikir apakah lagu ini memberi kesan yang positif dalam kehidupan atau tidak. Iya, mungkin anda mengatakan ini semua adalah untuk hiburan semata-mata. Tapi adakah anda sedar bahawa lagu-lagu ini boleh memberi impak secara tidak sedar kepada anda?

Sebagai contoh, saya memetik rangkap lagu Mizz Nina feat. Colby O Donis, What You Waiting For.

[colby]
so what's your name hey baby what's your name oh yeah
[mizz nina]
sexys my name yea sexys my name
[colby]
ok and whats your game hey baby what's your game
[mizz nina]
ok i like to play..i ..i like to play
[colby]
baby i never seen someone with your body
you make me want get this party started
hey baby come in tell me what this all
baby baby
tell me what you what you waiting for

Dengan rentak muzik yang sangat menghiburkan, liriknya menyampaikan cerita seorang lelaki mahu berkenalan atau mengorat seorang perempuan. Reaksi dari perempuan itu sangatlah gedik dan menggodakan.  Adakah ini budaya seorang Islam? Maafkan saya. Saya juga banyak dosa dengan Dia tetapi tidak semestinya saya tidak layak untuk mengkritik. Lagu ini adalah salah satu contoh lagu sampah yang boleh membuatkan remaja terjerumus dengan gejala sosial seperti yang terhasil dewasa ini. Namun begitu, sungguh menghairankan kenapa lagu-lagu jenis ini menjadi pujaan ramai dan menjadi hits di carta-carta radio.

Sebenarnya, golongan orientalis barat bertujuan untuk menakluk dan mengawal dunia di samping dapat mengaut keuntungan yang lumayan. Cara yang  paling berkesan, mudah dan murah untuk niat itu adalah dengan mengawal minda. Salah satu agennya adalah melalui hiburan. Mereka tahu lumrah manusia sukakan keseronokan. Bila keseronokan ini menjadi satu hiburan ia automatik akan melalaikan manusia. Dengan menyajikan lirik berunsurkan cinta, pesta keseronokan dan seks, manusia khususnya remaja akan terpengaruh begitu saja. Mereka akan mengadaptasi semua elemen ini dalam hidup mereka menyebabkan mereka lalai dengan apa sebenarnya erti kehidupan. Hasilnya terjadilah gelaja sosial yang sangat teruk seperti zaman ini. Seks bebas, dadah, arak hinggakan buang anak meningkat dengan mendadak tahun demi tahun.

Orientalis barat juga mempromosikan kehidupan glamor, gaya hidup dan kemewahan golongan artis untuk menjadi impian kepada manusia. Sebagai contoh Paris Hilton. Beliau seorang artis Hollywood yang kaya-raya, penuh dengan skandal dan kehidupan sosial yang sangat melampau. Beliau juga diangkat oleh media sebagai 'trendsetter'  dalam dunia fesyen. Kesannya, manusia sekarang mengambil artis seperti ini sebagai idola mereka. Bila ini berlaku, nilai moral manusia menjadi rendah dan  akan mengabaikan ilmu pengetahuan. Justeru anda sudah dapat dikawal secara halus. Ini adalah kebodohan manusia yang paling agung.

Fenomena ini juga sedang berlaku di negara kita. Lihatlah sekarang betapa ramai rakyat Malaysia mahu menjadi artis. Rancangan realiti nyanyian mendapat sambutan yang amat tinggi. Gosip-gosip artis menjadi topik perbualan harian malahan ramai yang memuja seperti orang hilang akal idola mereka. Kenapa ini semua berlaku? Hanya satu sebab. Kerana medialah yang menjadikan golongan artis ini sebagai 'raja' untuk orang ramai. Namun begitu, apakah faktor utama di sebalik semua ini? 

Anda seharusnya sedar bahawa industri hiburan di Malaysia dapat menjana pulangan berbilion ringgit kepada syarikat, media dan juga kerajaan. Semuanya kerana wang. Anda tidak sedar bahawa wang anda dikeluarkan dari poket  untuk mendapatkan hiburan yang langsung tidak menguntungkan. Oleh itu, kerajaan menutup sebelah mata walaupun tahu semua ini langsung tidak memberi manafaat kepada  rakyat. Jadi, semua ini akan terus berlaku dan menjadi kudis kepada masyarakat. Bagi saya, kerajaan tidak perlu bermain wayang untuk mengatasi gejala sosial walhal pada masa yang sama mereka mengizinkannya. 

Sebagai kesimpulan, kita haruslah memilih secara bijaksana hiburan untuk diri kita. Saya sendiri berminat dengan muzik. Antara pilihan saya sebagai halwa teliga adalah lagu yang mempunyai mesej positif  seperti lagu-lagu dari Bob Marley, The Clash, Dum Dum Tak, Iwan Fals dan Ebit G Adi. Juga lagu-lagu berunsurkan seni seperti Radiohead, Coldplay, Travis, P. Ramlee, Malique dan banyak lagi yang tidak pernah dimainkan di radio kereta anda.

Tuesday, January 18, 2011

PUTUS HARAPAN

Berusahalah sebaik mugkin dan tidak perlu kecewa dengan sesuatu yang diluar kawalan kita.

Friday, January 14, 2011