Saturday, October 10, 2009

POLIGAMI

Satu pokok ada empat orang berteduh. Pokok yang besar mampu membayangi orang-orang di bawahnya. Tiada sesiapa yang akan terkena panas dan bahang matahari. Namun sekarang pokok besar hampir pupus kerana telah ditebang untuk buat balak. Tinggal pokok pisang yang perasan dia pokok balak.

HOI BANGUN! TAK PAYAH BERANGAN ENGKAU MODEN

Kita adalah bekas tanah jajahan, miskin, mempunyai pendapatan per kapita rendah. Kita setaraf dengan Indonesia, Bangladesh, negara-negara Afrika dan Amerika Selatan. Itulah 1Malaysia negara kelas ketiga di mata barat. (jangan hina orang Bangla dan Indon sebab engkau pun satu kapal dengan nereka).

Thursday, September 17, 2009

BUDAYA DAN MUZIK INDON

Kecoh 1Indonesia menghentam 1Malaysia kerana mencilok budaya mereka. Dinasihatkan kepada Aizat, Sixth Sense dan Estranged supaya mengubah muzik mereka kepada muzik Siam jika tidak mahu ditikam dengan buluh runcing. Ya ampunnn...

MINYAK NAIK

"Alhamdulillah nasib menyebelahi kita. Minyak naik tapi sedikit sahaja. Kerajaan memang faham nasib rakyat." Kata naib ketua cawangan sebuah parti cap keris.

Wednesday, September 16, 2009

BILA CINTA DIDUSTA

Percintaan sekian lama antara Samy Vellu dengan Mahathir terputus akibat cemburu setelah Mahathir memuji perempuan lain yang bernama S. Subramaniam.

HARGA KERETA PROTON DI ARAB SAUDI



Gen 2 berharga SR 33,600
Pesona beharga SR 36,100
Waja berhaga SR 37,950
1 Saudi Riyal berharga RM0.94

Harga ini termasuk dengan kos pengangkutan untuk eksport kereta ke Saudi. Kira sendiri la berapa harga dalam Ringgit Malaysia dan bandingkan harga jualan antara harga di Saudi dan harga tempatan. Aku malas tulis kat sini sebab aku sakit hati. Aku tak tahu nak cakap apa lagi...

ROKOK

Aku tidak pasti samada rokok itu yang bahaya atau orang yang bagi lesen rokok itu yang bahaya.

Tuesday, September 15, 2009

PEDOMAN MEMILIH TEMAN HIDUP

Aku ada sepasang Adidas Samba, sepasang Prada, Sepasang Vans slip on dan sepasang kasut lagoon (muncung tajam ala cowboy yang rockstar selalu pakai).
Namun aku suka memakai selipar jepun ku. Sungguh selesa dan tidak merimaskan.

KISAH BERTUDUNG ROKIAH BT. SAMSUDIN

Rokiah bt Samsudin seorang perempuan moden dan berfikiran terbuka. Dia berasal dari kota metropolis Kuala Lumpur. Bagi dia Malaysia adalah sebuah negara bebas dan dia boleh buat apa saja asalkan dia tidak menyusahkan orang lain. Sementara masih muda remaja Rokiah mahu menikmati kehidupan dan berhibur sepuas hatinya.
Suatu hari Rokiah ditawar melanjutkan pelajarannya di sebuah IPTA di negeri timur semenanjung Malaysia. Dia sudah risau kalau-kalau di sana tiada tempat untuk dia berhibur. Rokiah juga risau bolehkah dia bergaul dengan masyarakat yang berfikiran sempit seperti khabar-khabar angin yang dia dengar. Namun dalam masa yang sama dia agak teruja kerana di sana terkenal dengan tempat membeli belah dengan harga yang murah.
Lebih kurang setahun Rokiah belajar di sana, dia agak tertekan kerana hampir tiap kali keluar bersosial dengan kawan-kawannya, ada sahaja orang tegur dia, "kak, mana tudung?". Bagi dia, masih terlalu muda untuk bertudung. Dan kalau dia bertudung pun di sana, dia takut dilabelkan hipokrit oleh kawan-kawannya. Jadi, Rokiah cukup anti bila ada orang bertanya mana tudung. Dia menganggap masyarakat di sana kolot dan tidak 'sporting'.
Tapi yang sebenarnya adakah Rokiah hipokrit kalau dia bertudung? Mungkin Rokiah tidak pernah dengar pepatah Melayu ada menyebut 'masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum'. Rokiah telah jauh terglobalisasi sehingga hukum agama dan budaya hidup pun dia mahu 'stailo'. Rokiah oh Rokiah, anda sangat salah.

THE SHOW THAT WE MUST GO.


HARGAILAH ORANG YANG TERSAYANG

Bila engkau berada disamping orang yang engkau sayang,
genbirakanlah mereka.......
Kerana engkau tidak tahu apakah engkau akan berjumpa mereka lagi esok hari.

POLIS RAJA DI MALAYSIA

Dulu engkau hebat, sekarang engkau rembat,
Dulu engkau sibuk, sekarang ada masyukk!!

INTEGRITI PROFESSIONALISM

Apakah yang engkau faham dengan integriti?
Jujur? amanah? ikhlas?............. maskot sukan SEA?
Apakah??
Weh, orang kampung tidak faham la...

CERDIKNYA ENGKAU

Jika engkau mengaku cerdik dengan segulung ijazah, apakah dunia engkau semakin kecil?

DEMOKRASI DAN SOSIALIS

Dua-dua idea yahudi. Dua-dua tidak boleh pakai.
Tidak percaya? Rujuk URTV dan Mangga.

TELEFON BERKAMERA 8.0 MEGAPIXEL

Dulu engkau mahu, sekarang engkau buat,
Dulu engkau malu sekarang telanjang bulat.

Tahniah kepada teknologi kerana meramaikan pelakon biru..
Dari orang MELAYU!!

PEREMPUAN

Kawan aku cakap perempuan umpana monyet. Di mana ada dahan yang kukuh di situ dia akan bergayut!

H1N1

Peliknya penyakit modenisasi.. apakah kita sudah setaraf dengan babi?