Friday, January 14, 2011

BOS

Buku The Prince (Niccolo Machiavelli, 1513) ada mengatakan, seorang pemimpin lebih baik ditakuti daripada dicintai. Perasaan cinta akan hilang bila kepentingan rakyat/individu tidak dipenuhi. Namun perasaan takut didorong oleh kecemasan kena hukuman, dan ia tidak akan berkurangan.

P/S: Inilah kitab suci hampir semua pemimpin dunia termasuk Malaysia.

Monday, January 10, 2011

MINYAK MASAK

Marilah kita memulakan kempen hanya gunakan satu sudu minyak masak. Minyak masak sangat membahayakan kesihatan kerana banyak kolestrol. Sebanyak 30 juta pokok kelapa sawit di Malaysa turut menyahut kempen ini dengan tidak mengeluarkan buah menyebabkan tiada minyak masak di pasaran. Sahutlah seruan kerajaan wahai rakyat Malaysia.

Friday, December 31, 2010

SELAMAT TAHUN BARU

Demi malam ini, marilah kita tunggu berita buang bayi di surat khabar pada bulan September nanti.

GARUDA PENGIKAT BATA

Tolong jangan hina negara mereka lagi. Sila lihat depan dan belakang. Jangan jadi jahil.

Sunday, December 26, 2010

KESAN KETUM


Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhanfamiliRubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth. 

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

Kesan-kesan minum air daun ketum:
  • susut berat badan
  • insomnia
  • anoreksia
  • bibir menjadi kering
  • sembelit atau kesukaran membuang air besar
  • kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya

KESAN GANJA


Menghisap ganja mengubah persepi masa dan jarak serta mencacatkan daya ingatan jangka pendek koordinasi. Perasaan 'high' berlarutan di antara 2-3 jam selepas menghisap sebatang rokok ganja. THC dalam dos yang tinggi mengubah pandangan dan menyebabkan halusinasi.

Satu reaksi daripada penggunaan ganja ialah reaksi cemas yang datang dengan tiba-tiba. Reaksi ini terjadi walaupun dengan hanya menghisap sebatang rokok ganja. Penghisap menjadi cemas,bimbang dan syak sehingga berasa dirinya tidak terkawal lagi.

Ganja mempengaruhi seseorang itu secara fizikal dan psikologikal dengan begitu halus sehingga tidak disedari oleh pengguna. Kerosakkan/bahaya psikologikal hanya dapat dilihat orang lain dan ketara kepada pengguna apabila sudah terlambat.

Tiada sesiapa pun yang dapat membuktikan bahawa penghisap ganja dengan dos yang besar boleh mendatangkan maut walaupun ada laporan mengenainya. Setakat ini, tidak ramai doktor yang boleh menentukan bahawa sesuatu kematian adalah disebabkan oleh ganja.

Hakikat bahawa kematian kerana ganja tidak berlaku sejurus selepas menghisap bahan ini, tidak bermakna bahawa ia tidak boleh berlaku.

YAKIN DIRI

Walau anda rupawan macam manapun tapi malas membaca, anda tetap seorang 'loser'. Hanya dengan ilmu sahaja manusia dapat keyakinan diri.