Saturday, October 10, 2009

POLIGAMI

Satu pokok ada empat orang berteduh. Pokok yang besar mampu membayangi orang-orang di bawahnya. Tiada sesiapa yang akan terkena panas dan bahang matahari. Namun sekarang pokok besar hampir pupus kerana telah ditebang untuk buat balak. Tinggal pokok pisang yang perasan dia pokok balak.

HOI BANGUN! TAK PAYAH BERANGAN ENGKAU MODEN

Kita adalah bekas tanah jajahan, miskin, mempunyai pendapatan per kapita rendah. Kita setaraf dengan Indonesia, Bangladesh, negara-negara Afrika dan Amerika Selatan. Itulah 1Malaysia negara kelas ketiga di mata barat. (jangan hina orang Bangla dan Indon sebab engkau pun satu kapal dengan nereka).

Thursday, September 17, 2009

BUDAYA DAN MUZIK INDON

Kecoh 1Indonesia menghentam 1Malaysia kerana mencilok budaya mereka. Dinasihatkan kepada Aizat, Sixth Sense dan Estranged supaya mengubah muzik mereka kepada muzik Siam jika tidak mahu ditikam dengan buluh runcing. Ya ampunnn...

MINYAK NAIK

"Alhamdulillah nasib menyebelahi kita. Minyak naik tapi sedikit sahaja. Kerajaan memang faham nasib rakyat." Kata naib ketua cawangan sebuah parti cap keris.

Wednesday, September 16, 2009

BILA CINTA DIDUSTA

Percintaan sekian lama antara Samy Vellu dengan Mahathir terputus akibat cemburu setelah Mahathir memuji perempuan lain yang bernama S. Subramaniam.

HARGA KERETA PROTON DI ARAB SAUDI



Gen 2 berharga SR 33,600
Pesona beharga SR 36,100
Waja berhaga SR 37,950
1 Saudi Riyal berharga RM0.94

Harga ini termasuk dengan kos pengangkutan untuk eksport kereta ke Saudi. Kira sendiri la berapa harga dalam Ringgit Malaysia dan bandingkan harga jualan antara harga di Saudi dan harga tempatan. Aku malas tulis kat sini sebab aku sakit hati. Aku tak tahu nak cakap apa lagi...

ROKOK

Aku tidak pasti samada rokok itu yang bahaya atau orang yang bagi lesen rokok itu yang bahaya.