Friday, December 31, 2010

SELAMAT TAHUN BARU

Demi malam ini, marilah kita tunggu berita buang bayi di surat khabar pada bulan September nanti.

GARUDA PENGIKAT BATA

Tolong jangan hina negara mereka lagi. Sila lihat depan dan belakang. Jangan jadi jahil.

Sunday, December 26, 2010

KESAN KETUM


Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhanfamiliRubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

Kesan-kesan minum air daun ketum:
  • susut berat badan
  • insomnia
  • anoreksia
  • bibir menjadi kering
  • sembelit atau kesukaran membuang air besar
  • kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya

KESAN GANJA


Menghisap ganja mengubah persepi masa dan jarak serta mencacatkan daya ingatan jangka pendek koordinasi. Perasaan 'high' berlarutan di antara 2-3 jam selepas menghisap sebatang rokok ganja. THC dalam dos yang tinggi mengubah pandangan dan menyebabkan halusinasi.

Satu reaksi daripada penggunaan ganja ialah reaksi cemas yang datang dengan tiba-tiba. Reaksi ini terjadi walaupun dengan hanya menghisap sebatang rokok ganja. Penghisap menjadi cemas,bimbang dan syak sehingga berasa dirinya tidak terkawal lagi.

Ganja mempengaruhi seseorang itu secara fizikal dan psikologikal dengan begitu halus sehingga tidak disedari oleh pengguna. Kerosakkan/bahaya psikologikal hanya dapat dilihat orang lain dan ketara kepada pengguna apabila sudah terlambat.

Tiada sesiapa pun yang dapat membuktikan bahawa penghisap ganja dengan dos yang besar boleh mendatangkan maut walaupun ada laporan mengenainya. Setakat ini, tidak ramai doktor yang boleh menentukan bahawa sesuatu kematian adalah disebabkan oleh ganja.

Hakikat bahawa kematian kerana ganja tidak berlaku sejurus selepas menghisap bahan ini, tidak bermakna bahawa ia tidak boleh berlaku.

YAKIN DIRI

Walau anda rupawan macam manapun tapi malas membaca, anda tetap seorang 'loser'. Hanya dengan ilmu sahaja manusia dapat keyakinan diri.

Saturday, December 25, 2010

HIBURAN TANAHAIR

Mengapa Melayu tidak maju? kerana hari-hari mendengar muzik sampah.

Sunday, December 19, 2010

AKU TAKUT DIBAKAR

Hidupku sangat penat,
Kisah selepas seperti hantu,
Mengusik hidup dan bersarang di jiwa.

Hidupku sangat penat,
Aku tahu bezakan warna,
Aku tahu menghitung kira,
Tapi mengapa aku tidak tahu guna?

Hidupku sangat penat,
Tak mungkin Tuhan akan terlupa,
Bila tiba pada saatnya,
Api menyambut merah menyala.

SENI

Subjek pendidikan seni atau 'art' di sekolah dan universiti adalah mengarut. Siapa mereka nak menentukan apa itu seni? Leonardo da Vinci atau P. Ramlee tidak pernah pun ambil subjek itu di sekolah. Seni terletak pada kepala otak engkau. Dan aku.

Thursday, December 16, 2010

MAKSUD SEBENAR LAGU 'NO WOMAN NO CRY'

Banyak salah tanggapan berlaku berkenaan lagu ini. Kebanyakan orang fikir kalau tiada perempuan kaum lelaki tidak akan bersedih akibat dikecewakan perempuan. Sungguh jiwang fikiran anda. Ini terjadi disebabkan tiap-tiap hari asyik dengar alunan muzik jiwang karat di radio. Pemikiran  yang sangat dangkal ini menjadi punca mengapa orang orang Melayu susah nak maju.

Lagu Bob Marley ini menceritakan kalau tiada perempuan di dunia ini, orang lelaki akan berbalah dan berperang sesama sendiri. Dunia tidak mungkin menjadi aman. Sebab naluri lelaki sangat ego untuk menangis dan tidak akan menangis. Disebabkan tangisan perempuanlah jiwa lelaki menjadi lembut. Itu adalah lumrah lelaki. Bila lelaki tertewas dengan tangisan perempuan, akan timbul perasaan belas kasihan dan toleransi. Justeru dunia ini akan jadi lebih aman. Itu saja.


Said I remember when we used to sit
In the government yard in Trenchtown
Oba, ob-serving the hypocrites
As they would mingle with the good people we meet
Good friends we have had, oh good friends we've lost along the way
In this bright future you can't forget your past
So dry your tears I say

No woman, no cry
No woman, no cry
Oh my Little sister, don't she'd no tears
No woman, no cry

P/S: Fahami betul-betul lirik di atas. Lagu jiwang ke ni?

Wednesday, December 15, 2010

BOSAN DENGAN HIDUP

Apa tujuan kita hidup? Hanya dengan berfikir, hidup engkau tidak akan bosan.

Sunday, December 12, 2010

BAHASA

Jangan menggunakan bahasa dengan orang yang tak reti bahasa.

Thursday, December 2, 2010

SALAHKAH BUKAN ISLAM MEMBACA AL-QURAN?

Heboh satu Malaysia mengatakan salah dan tersangat melampau membiarkan orang bukan Islam membaca al-Quran. Tetapi pada hakikatnya, dalil dari mana yang puak gila ini pakai?

Video Kesevan Subramaniam baca al-Quran:
http://www.youtube.com/watch?v=cvGA-ciEZnk&feature=player_embedded


Sila tonton juga video ini:
http://www.youtube.com/watch?v=SKLrQcu5m58

Pendapat aku sama dengan penceramah Hussain Ye ini. Al-Quran bukan milik orang Islam sahaja. Kenapa mahu melatah bila orang bukan Islam menggunakannya? Seperti penceramah sebutkan dalam al-Quran ada mengatakan bahawa Islam diturunkan sebagai rahmat  untuk seluruh alam. Panduan Islam adalah al-Quran. Maknanya seluruh makhluk (bukan orang islam sahaja) boleh menggunakan al-Quran. Sila bagi dalil atau nas, dalam al-Quran atau hadith yang menunjukkan orang bukan Islam tidak boleh baca al-Quran untuk menyangkal kenyataan ini. Harap maaf, dalil dari Utusan Malaysia atau  Perdana Menteri tidak diterima ye.

Jika kita cakap bukan Islam akan menyalahgunakan dan mempermainkan ayat suci al-Quran, sila baca dulu petikan dibawah.

"Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang menjaganya." (surah Al-Hijr, ayat 9).

Di sini Allah telah memberi jaminan bahawa Dia akan menjaga al-Quran. Mampukah sebenarnya kita menjaga kesucian al-Quran? Jika orang bukan Islam menyalahgunakan al-Quran atau mempermainkannya, sudah tentu Allah akan melaknatnya. Samada di dunia ataupun di akhirat. Apa kita tidak yakin dengan janji Allah? Tetapi dalam video
Kesevan Subramaniam baca al-Quran itu, saya tidak nampak pun dia mempermainkan Quran, juga apa yang dia bacakan itu adalah betul. Jadi dimana salahnya?


P/S: Jangan menjadi dangkal mudah terpengaruh dgn individu, parti atau media massa. Kaji dan selidik betul-betul dahulu sebelum membuat kesimpulan tentang sesuatu benda. Rujukan yang terbaik adalah al-Quran dan Sunnah.

Tuesday, November 30, 2010

Monday, November 29, 2010

DRAMA MINGGU INI - EPISOD 2 (English translation)

Ayam asked me to play around again. But my friend Tokpek spoilt it. When my cat meowing, Tokpek asked me to see Hussien. Suddenly, Mr. Loba-Loba said he hard to find right now. But right here, i already got the Sex Pistols. It's stunning too!

Sunday, November 28, 2010

BUKTI FAISAL TEHRANI SYIAH

Setelah membuat sedikit penyelidikan tentang Faisal Tehrani(FT), aku mendapati beliau ingin menyebarkan ajaran Syiah secara halus di melalui penulisan samada di dalam buku atau blog beliau. Sila baca dulu halaman blog beliau ini. http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/08/rasulullah-saw-pun-bangga-dengan-iran.html 

FT  menyatakan "Oleh kerana saya sunni yang ingin mematuhi sunnah Rasulullah saw maka saya dengan rendah hati menurut sunnah baginda tersebut. Takkanlah saya ikut sunnah pun dikira salah? Masakan kita nak tuduh Rasulullah saw obses?" (sunnah yang dimaksudkan adalah sepeti hadith pertama di bawah, iaitu bangga dengan Iran).

Disini, FT menafikan yang
beliau seorang Syiah. Tetapi dalam blog beliau lebih 50% artikel memuji dan berbangga dengan Syiah dan Iran. Dengan alasan Rasulullah SAW pun berbangga dengan Iran berpandukan dalil berikut,

Hadith pertama: "Mengikut sahih Muslim, Rasulullah SAW bersabda,"Sekiranya iman berada di bintang Suraya sekalipun, nescaya lelaki dari bangsa ini yang akan mencapainya (dituju kepada Salman al Farisi yang berbangsa Parsi)". 

Parsi adalah negara Iran sekarang. Salman Al-Farisi adalah penyokong kuat kepada Saidina Ali RA. Beliau meninggal di zaman pemerintahan Saidina Uthman RA.


Saya ingin menegaskan dalil di atas sangat terkenal dikalangan puak Syiah. Ia di gunakan oleh puak itu sebagai senjata untuk berdebat dengan Ahli Sunnah Waljamaah tentang kebenaran Syiah, kononnya Syiah diiktiraf oleh Rasulullah SAW. Kita jangan cepat terpedaya. Kenapa
beliau hanya menggunakan dalil itu tanpa melihat dalil-dalil yang lain? seperti dalil-dalil di bawah,

Hadith kedua: “Dari Abu Amir Abdullah bin Luhai, dari Mu’awiyah bin Abi Sufyan, bahwasanya ia (Mu’awiyah) pernah berdiri di hadapan kami, lalu ia berkata : Ketahuilah, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah  bersabda : Ketahuilah sesungguhnya orang-orang sebelum kami dari ahli kitab (Yahudi dan Nashrani) terpecah menjadi 72 (tujuh puluh dua) golongan, dan sesungguhnya umat ini(umat Rasulullah SAW)  akan terpecah menjadi 73 (tujuh puluh tiga) golongan. Adapun yang tujuh puluh dua akan masuk neraka dan satu golongan akan masuk surga, iaitu “Al-Jama’ah”.

Disini saya ingin menekankan tentang istilah “Al-Jama’ah”. Kita lihat dalil berikutnya.

Hadith ketiga: “Dari Abdullah bin Umar berkata: Umar bin Khattab radhiallahu ‘anhuma pernah berkhutbah di Al-Jabiyah seraya berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berdiri di hadapan kami dan bersabda: “Barangsiapa dari kalian menginginkan tinggal di tengah-tengah syurga, maka hendaklah berpegang teguh kepada Al-Jama’ah, kerana syaitan bersama seorang (sendirian) dan dia dari dua orang, dengan lebih jauh”.

Ada banyak maksud tentang Al-Jama’ah (mengikut http://syar1.wordpress.com/2010/08/05/makna-al-jamaah/). Salah satu maksudnya adalah kelompok manusia yang besar sekali jumlahnya. Al-Jama’ah juga bermaksud, jama’ah ahlul Islam iaitu tatkala mereka bersepakat dalam satu urusan.

Kita sememangnya tahu bahawa Ahli Sunnah Waljamaah adalah kelompok Islam terbesar sekali di dunia. Dalam Ahli Sunnah Waljamaah, ada 4 mazhab utama iaitu Safi’e, Maliki, Hambali dan Hanafi. Kesemua mazhab ini bersepakat berteduh di bawah satu payung yang dinamakan Ahli Sunnah Waljamaah. Ini jelas berpadanan dengan Hadith kedua dan ketiga yang saya utarakan.

Jika FT betul-betul seorang Sunni seperti beliau katakan, kenapa dia tidak menyebut tentang hadith kedua dan ketiga supaya masyarakat tidak terkeliru dengan hadith pertama? Sedangkan hadith pertama hanya memuji keimanan bangsa Parsi (tidak semua bangsa Parsi itu Syiah), bukan mengatakan golongan itu sebagai golongan yang berada di jalan yang benar.

Ini jelas menunjukkan bahawa FT menyelit propaganda halus untuk masyarakat menerima secara perlahan-lahan fahaman Syiah di Malaysia. Caranya mudah, dengan menghidangkan kebaikan, keberanian dan kejayaan Iran dan puak Syiah. Contohnya keberanian Iran dan Hizboullah  menentang Amerika dan Zionis Yahudi. Senang cerita taktiknya seperti kerajaan yang tidak putus-putus  memuji dan mempromosikan parti kerajaan di dalam media massa, supaya rakyat percaya dan yakin kepada kerajaan. Itu saja. Sebelum kita terpedaya, wajiblah kita memohon pertolongan dari Allah untuk berlindung dari fahaman Syiah ini dan memberi petunjuk ke jalan yang benar.

P/S: Dalam blog beliau (artikel terakhir link yang sama seperti di atas), FT ada menyebut, "
Nak tak nak, suka tak suka - masa depan Islam adalah di tangan Iran". Nampaknya FT bukan sekadar penulis, malahan seorang ahli nujum yang boleh meramalkan masa depan.

Saturday, November 27, 2010

Tuesday, November 2, 2010

PIALA MALAYSIA DAN ORANG YANG BANGANG

Permainan bola sepak 90 minit tak nampak. Api mercun 2 saat nampak la pulak. Yang tu juga nak di highlight kan. Sampai bila kita nak cari kesalahan orang lain? Aku tak fahamla.

Saturday, October 23, 2010

PANTUN 100 TINGKAT



Tinggi-tinggi sang KLCC,
Tinggi lagi Menara Warisan,
Apa Dato' takutkan bini,
Sampai otak pun dah jadi bangang.

BATANG HIDUNG (EPISOD 1)

Sabda Nabi SAW: “Mana-mana pemimpin yang menipu rakyatnya, maka tempatnya adalah neraka.” (Riwayat Ahmad).

JANTAN

Lelaki sejati tak akan bergaduh pasal awek.

Thursday, October 21, 2010

DEBAB

Jika pasangan kau betul-betul menyayangi kau, jangan risau, dia tidak akan memandang paras rupa walaupun kau gemuk dan buncit. Tak percaya? Sila tanya PM kau.

Sunday, October 10, 2010

ANJING DAN AWEK

Pegang anjing tidak berdosa. Hanya wajib samak. Pegang awek berdosa tapi tidak boleh samak.

JANGAN PANDANG BELAKANG

Takut hantu pakat meremang bulu roma. Takut Allah pakat cukur bulu kening. Oh cikaro.

Friday, October 8, 2010

BANGUN PAGI, GOSOK GIGI

Terjaga dari tidur pada 6.50 pagi. Hidup aku bermula lagi. Menjadi orang dewasa memang memenatkan. Sumpah. Semakin berat nafas bila memikirkan Black Maria. Ingin saja ku menjelma menjadi Satria Baja Hitam agar dapat ku menyekeh kepalanya sedas dua. Rutin harianku memang seronok....... la sangat. Mungkin orang neolitik lebih bahagia dari ku. Namun, Alhamdulillah.

MELAYU BOLEH

Apa diharap berita dan khabar,
Jika hati menjadi sayu,
Apa masih kita tak sedar,
Melayu sendiri yang bodohkan Melayu!

DRAMA MINGGU INI (EPISOD 1)

Ayam mengajak aku bermain bersama kawan-kawan. Aku main kayu bertali dan dia tukang ketuk. Setelah beberapa lama aku menyalakan rokokku. Ayam mahu bertemu Hussin. Rokoknya tidak berperisa.

PEMANDUAN HIDUP

Engkau adalah pemandu. Penumpang hanya dapat tunjukkan jalan. Engkau sendiri memilih untuk ke kiri atau kanan.

Thursday, October 7, 2010

DUIT

Duit dapat membeli mawar. Tetapi tidak dapat membeli cinta. Duit dapat membeli jam, namun tidak dapat membeli masa.

Wednesday, August 25, 2010

SEHELAI T-SHIRT YANG DIHINA

   Selepas balik kerja pada pukul 6 petang, aku terus bergegas pulang. Hari itu adalah hari Khamis, ada pasar malam di Puchong. Aku cukup suka pada pasar malam itu. Bukan pada jualan makanannya. Juga sama sekali tidak pada pengunjung yang 'mantap'. Aku suka pada 'sesuatu' yang dijual di situ. Sesuatu yang bernilai namun dicop sebagai kain buruk oleh masyarakat.
   Bundle ialah pakaian yang terpakai yang diimport terus dari negara seperti USA dan Jepun. Ia juga adalah hobiku. Aku mengenal bundle sejak tingkatan empat. Waktu itu tahun 1999, tidak banyak kedai bundle yang boleh didapati di Malaysia. Seingat aku pada masa itu selain di Kelantan, bundle hanya boleh didapati di Jalan Chow Kit. Harganya sangat murah serendah RM5 dua helai kerana sasaran jualannya adalah untuk pekerja buruh binaan.
   Bagaimana aku boleh terpengaruh dengan bundle? Aku penggemar muzik rock. Aku banyak mendengar band-band asal berasal dari USA ataupun UK. Sebagai peminat, aku mahu kelihatan seperti mereka. Aku mahu memakai t-shirt yang tertera mana mereka. Tetapi ketika itu, baju(yang original) band-band yang berasal dari barat langsung tidak boleh didapati di Malaysia. Ia hanya boleh didapati dengan memesannya terus dari internet. Harganya termasuk kos pengahantaran paling murah RM100.
   Namun demikian, bundle menawarkan baju-baju band yang original dengan harga yang murah. Tetapi ia sangat sukar ditemui. Di dalam 1 guni bundle yang memuatkan lebih kurang 200 helai baju, baju band mungkin boleh didapati dalam 1hingga 4 helai. Ada juga yang tiada langsung. Jadi, apabila aku menemui baju yang aku cari, aku akan sangat gembira. Seperti seorang pemancing yang dapat mendaratkan seekor ikan pari yang beratnya dalam 40 kg. Mencari baju bundle memerlukan kesabaran yang tinggi sama seperti seorang pemancing.
   Sejak itu aku menggemari bundle sampai sekarang. Aku dapat 'release tension' dengan pergi ke kedai bundle. Penggemar bundle mencari perbagai jenis pakaian. Selain baju band, aku juga mencari pakaian berjenama mahal seperti Prada, Paul Smith, Lacoste, Lonsdale dan bermacam macam lagi. Aku dapat membeli jaket original Paul Smith  dengan harga RM10 yang dijual di butik KLCC dengan harga mencecah ribuan ringgit. Sebab itulah aku mengatakan bundle adalah jauhari bukan kedai kain buruk pada pandangan masyarakat umum. Aku juga menjual barang-barang bundle yang aku dapat. Pakaian yang bukan saiz aku, aku akan jual. Dan ia dapat menambah sumber pendapatan aku.
   Aku pernah dipandang rendah kerana memakai pakaian bundle. Mereka menganggap baju bundle yang aku pakai adalah baju tiruan kerana harga yang originalnya sangat mahal di butik-butik. Sudah tentu aku tidak mampu membelinya. Kadang-kadang mereka tidak tahu pun apa jenama yang aku pakai. Jadi mereka fikir aku pakai kain buruk dan tidak mengikut fesyen terkini. Mereka hanya tahu jenama yang di jual di Malaysia sahaja. Aku bersimpati dengan mereka. Namun aku tidak kisah. Aku tidak mengambil peduli pun, kerana aku tahu ada orang yang dapat menilai mana jauhari dan mana manikam. Mana yang ori mana tiruan.
  

Tuesday, August 24, 2010

SAINS & AGAMA

Sains umpama orang buta tanpa tongkatnya jika tidak berpandukan pada agama. Bukan aku kata. Albert Einstein yang kata. Tak kenal Albert Einstein? sila google.

MLM (Multi Level Marketing)

Maaf, saya tak berminat langsung. Tolong pergi main tengah jalan.

Sunday, August 22, 2010

JODOH


Jodoh itu ditangan Dia. Semua dapat terima hakikat ini. Tapi jika Dia menjodohkan seorang lelaki dengan 2 orang perempuan(katakanlah), kenapa pula tidak semua dapat terima hakikat ini?

Wednesday, August 18, 2010

MANUSIA

Engkau selalu lupa,
Sedang hatimu tetap lalai,
Padahal umur kian tiada, 
menambah dosa untuk dinilai.

KAWAN

Tiada manusia yang tidak berguna selagi dia mempunyai kawan yang baik.

BUANG BAYI

Hadis Rasulullah ada meyebut "Carilah walaupun sebentuk cincin besi untuk dijadikan mas kahwin". Tapi kenapa orang Melayu membuatkan perkahwinan itu sesuatu yang mahal?

HIDUP

Bila ada orang mengeluh, "susahnya hidup ini", hatiku bertanya, "dibandingkan dengan apa?".

Wednesday, August 4, 2010

Sunday, August 1, 2010

BUNDLE

Pakaian bundle adalah pakaian terpakai. Jangan beli nanti berjangkit kurap.

KANAK-KANAK BUKAN PENJENAYAH



TUJUAN HIDUP

Manusia yang materialistik, manusia yang mengejar pangkat dan kuasa, manusia yang berbuat baik dan manusia yang gila. Semuanya hanya untuk satu tujuan. Mencari kebahagiaan.

IMAN

Lahir dalam iman, hidup dalam iman tapi tak semestinya mati dalam iman. Lahir tak beriman, hidup tak beriman, tak semestinya mati tak beriman.

MASA

Masa itu di antara kerdipan pejam dan celik. Selepas itu engkau tersangat rugi.

Wednesday, July 28, 2010

BODOH


Perbuatan di atas adalah bodoh. Korek-korek dan cium juga sama bodoh.

Monday, July 26, 2010

AKU: CABARAN DI ALAF 21

Aku tidak suka kerajaan sekarang. Jadi? Apa yang aku boleh buat? Baca Tukar Tiub dan gelak. Itu saja yang aku mampu. Aku tak mampu apa-apa. Apatah lagi untuk mengubah dunia. Namun, aku harap satu hari aku mampu. Harap dapat diberi peluang. Kita hidup dalam harapan?

DUIT

Duit adalah kawan baik bila kita senang.

Sunday, July 25, 2010

NAFSU

Nafsu yang haram dibayar dengan harga sebuah penyesalan. Penyesalan tak berguna tanpa tauladan. Tauladan tak datang tanpa malang.

PERINGATAN UNTUK KAWAN-KAWAN

Perempuan adalah permaisuri kita. Bukan raja kita.

HATI

Aku hidup dalam ketakutan. Aku tengok banyak iblis muka manusia.

MELAYU BERAMBUT MERAH

Umpama Proton Wira yang diubahsuai menjadi Mitsubishi Evo III.

CANTIK

Kecantikan dan kesedihan selalunya datang bersama. Ia hanya satu jaminan yang tidak memberi apa-apa.

BUDAK SKEMA

Masa sekolah selalu dibuli. pastu report kat cikgu.. siapa hisap rokok terjumpa dengan diorang abis la. kemudian disebabkan rajin belajar (tak cerdik mana pun) sekarang kebanyakan mereka sudah menjadi bos. Bila jadi bos jadi kaki bodek pulak untuk menjaga kedudukan.. tak abis abis menyusahkan orang!

Thursday, June 3, 2010

3 Jun 2010 pukul 3.30 pagi. Aku bengong.

Malam ini aku sudah telan 3 biji ubat selsema dan 3 biji paracetamol. Namun mata ku agak kebal untuk lelap. Aku baru balik dari kerja pukul 1 pagi tadi. Sememangnya penat. Tapi kepalaku terus berfikir dengan sikap manusia. Alangkah bagusnya kalau kepalaku dapat berhenti beroperasi dengan hanya menekan butang semudah 'Ctrl+Alt+Delete'.

Aku tidak tahu kepada siapa harus aku luahkan. Aku juga tidak tahu masalah ini berpunca dari siapa. Mungkin sikap ego ku yang tinggi. Mungkin juga disebabkan sikap semulajadi manusia yang hanya nampak setitis dakwat hitam di atas kertas putih A4. Aku tahu aku ada buat salah tapi perlukah aku dihukum sebegitu rupa. Betulkah sebesar hukuman itu salahku? Mungkin juga manusia tetap manusia. Sememangnya tidak nampak kebaikan sesuatu sebelum kehilangannya.

Patutlah bapa saudaraku tidak mahu balik ke alam ini. Dimensi manusia memang busuk. Kadang-kadang tidak sanggup aku fikir. Dengan Yahudi yang tidak berhati perut, skrip politik murahan dari mereka yang mempunyai kuasa. Aku tidak sanggup untuk fikir semua itu. Tapi malam ini kepalaku bersarang sesuatu yang lain. Berkaitan dengan masa depan ku.

Aku dapat bersabar. Masih dapat berfikir dengan waras. Aku tahu ini adalah ujian dariNya. Sebab itulah aku menulis malam ini. Aku mahu 20 tahun lagi aku dapat membaca balik tulisan ini dan pada masa itu aku akan cakap, "Aduh malunya kepada diri sendiri. Benda macam ni pun nak kecoh.. bollocks". Tapi benda ini lah yang akan menentukan siapa ibu kepada anak aku 20 tahun lagi. Jangan salah faham. Aku bukan putus cinta. Aku cuma menghadapi sedikit masalah untuk menyambung legasi bakal pengisi tulang rusuk kiriku. Itu saja.

Ini adalah dugaan pertamaku. Di dalam perkahwinan, kita bukan sahaja berkahwin dengan si dia namun harus berkahwin dengan seluruh keluarganya. Tetapi adat, etika, protokol mahupun cara hidup kami berbeza. Habis bagaimana? Aku tidak mungkin sanggup bermain dengan angin seumur hidupku. Mengikut saja arah bayu bertiup. Aku juga mempunyai prinsip. Adakah menjadi satu kesalahan besar bila aku meminta untuk menghabiskan kata-kataku? Apakah itu dipanggil derhaka kepada orang tua?

Aku bukan sesiapa. Juga tidak mempuyai sesuatu. Hanya rakyat Malaysia biasa yang berada di bawah tekanan hidup. Mungkin kerana aku bukan sesiapalah masalah ini timbul. Mungkin aku perlu buktikan yang aku juga mempunyai sesuatu. InsyaAllah akan aku buktikan. Aku akan terus bernafas di dalam egoku untuk mencapai matlamat itu. Kerana, hanya itu sajalah pemangkin untuk aku terus berusaha. Kerana, aku tidak suka dipandang rendah.

Harus aku akui sikap Hang Jebat masih menebal dalam diriku. Sikap kebudak budakan walaupun umurku sudah melebihi suku abad. Adakah aku derhaka? Jika derhaka harap diampunkanlah. Jangan lah terus dihukum pancung. Hukuman yang aku lalui sekarang amat berat bagiku.