Tuesday, May 31, 2011

SIAPA MAKAN GARAM DULU?

Dulu garam ketul-ketul, sekarang pakai garam halus. Kalau orang yang biasa masak pakai garam ketul, dia tak pandai pakai garam halus. Tapi orang juga manusia. Ego tak dengar cakap.

Monday, May 2, 2011

MAT KERETA

Mat kereta tidak cool kalau dalam blog pasang lagu jiwang. Kah Kah Kah

Sunday, February 6, 2011

TUNJUKKANLAH PERASAANMU

Jika demonstrasi dan tunjuk perasaan dianggap tidak bertamadun, ia juga diamalkan oleh rakyat negara maju seperti di USA dan Eropah. Jika ia dikatakan tidak islamik, rakyat negara Islam pun mengamalkannya. Jika ia tidak relevan, tunjukkanlah cara yang paling relevan untuk mereka yang tertindas melepaskan apa yang mereka tidak puas hati. Bukankah itu satu sifat kemanusiaan?

Monday, January 31, 2011

NASIB KITA KAUM BURUH

Mahu cari makan di bumi Tuhan,
Susah macam tengah perang,
Silap email kena surat amaran,
Silap cakap memang kena buang.

Mahu cari makan di bumi Tuhan,
Nasi ayam 5 ringgit sepinggan,
Air kosong 3 kupang,
Gaji cukup-cukup lepas minyak sebulan,
PTPTN kejar minta hutang.

Sampai bila mahu begini?
Sistem rosak, kerajaan gila babi,
Penyamun kaya kerja goyang kaki,
Buruh terseksa untuk sepeket maggi.

Bangun esok haraplah melawan.

Thursday, January 20, 2011

SAMPAH DI RADIO


Sudah semestinya anda pernah dengar lagu-lagu artis Hollywood dari Lady Gaga, Akon, Rihanna, Adam Lambert dan sebagainya. Lagu-lagu mereka ini sangat terkenal dan dipuja di segenap pelusok dunia. Artis Malaysia pun apa kurangnya. Kita setiap hari disajikan lagu dari Mizz Nina, Stacy, Hujan dan lain-lain di corong radio. Persoalannya adalah lagu-lagu mereka ini sangat tinggi kualiti seninya?

Pada pendapat saya, kesemua lagu arus perdana kini hampir 90% adalah sampah sarap. Sepatutnya seseorang  itu boleh berfikir apakah lagu ini memberi kesan yang positif dalam kehidupan atau tidak. Iya, mungkin anda mengatakan ini semua adalah untuk hiburan semata-mata. Tapi adakah anda sedar bahawa lagu-lagu ini boleh memberi impak secara tidak sedar kepada anda?

Sebagai contoh, saya memetik rangkap lagu Mizz Nina feat. Colby O Donis, What You Waiting For.

[colby]
so what's your name hey baby what's your name oh yeah
[mizz nina]
sexys my name yea sexys my name
[colby]
ok and whats your game hey baby what's your game
[mizz nina]
ok i like to play..i ..i like to play
[colby]
baby i never seen someone with your body
you make me want get this party started
hey baby come in tell me what this all
baby baby
tell me what you what you waiting for

Dengan rentak muzik yang sangat menghiburkan, liriknya menyampaikan cerita seorang lelaki mahu berkenalan atau mengorat seorang perempuan. Reaksi dari perempuan itu sangatlah gedik dan menggodakan.  Adakah ini budaya seorang Islam? Maafkan saya. Saya juga banyak dosa dengan Dia tetapi tidak semestinya saya tidak layak untuk mengkritik. Lagu ini adalah salah satu contoh lagu sampah yang boleh membuatkan remaja terjerumus dengan gejala sosial seperti yang terhasil dewasa ini. Namun begitu, sungguh menghairankan kenapa lagu-lagu jenis ini menjadi pujaan ramai dan menjadi hits di carta-carta radio.

Sebenarnya, golongan orientalis barat bertujuan untuk menakluk dan mengawal dunia di samping dapat mengaut keuntungan yang lumayan. Cara yang  paling berkesan, mudah dan murah untuk niat itu adalah dengan mengawal minda. Salah satu agennya adalah melalui hiburan. Mereka tahu lumrah manusia sukakan keseronokan. Bila keseronokan ini menjadi satu hiburan ia automatik akan melalaikan manusia. Dengan menyajikan lirik berunsurkan cinta, pesta keseronokan dan seks, manusia khususnya remaja akan terpengaruh begitu saja. Mereka akan mengadaptasi semua elemen ini dalam hidup mereka menyebabkan mereka lalai dengan apa sebenarnya erti kehidupan. Hasilnya terjadilah gelaja sosial yang sangat teruk seperti zaman ini. Seks bebas, dadah, arak hinggakan buang anak meningkat dengan mendadak tahun demi tahun.

Orientalis barat juga mempromosikan kehidupan glamor, gaya hidup dan kemewahan golongan artis untuk menjadi impian kepada manusia. Sebagai contoh Paris Hilton. Beliau seorang artis Hollywood yang kaya-raya, penuh dengan skandal dan kehidupan sosial yang sangat melampau. Beliau juga diangkat oleh media sebagai 'trendsetter'  dalam dunia fesyen. Kesannya, manusia sekarang mengambil artis seperti ini sebagai idola mereka. Bila ini berlaku, nilai moral manusia menjadi rendah dan  akan mengabaikan ilmu pengetahuan. Justeru anda sudah dapat dikawal secara halus. Ini adalah kebodohan manusia yang paling agung.

Fenomena ini juga sedang berlaku di negara kita. Lihatlah sekarang betapa ramai rakyat Malaysia mahu menjadi artis. Rancangan realiti nyanyian mendapat sambutan yang amat tinggi. Gosip-gosip artis menjadi topik perbualan harian malahan ramai yang memuja seperti orang hilang akal idola mereka. Kenapa ini semua berlaku? Hanya satu sebab. Kerana medialah yang menjadikan golongan artis ini sebagai 'raja' untuk orang ramai. Namun begitu, apakah faktor utama di sebalik semua ini? 

Anda seharusnya sedar bahawa industri hiburan di Malaysia dapat menjana pulangan berbilion ringgit kepada syarikat, media dan juga kerajaan. Semuanya kerana wang. Anda tidak sedar bahawa wang anda dikeluarkan dari poket  untuk mendapatkan hiburan yang langsung tidak menguntungkan. Oleh itu, kerajaan menutup sebelah mata walaupun tahu semua ini langsung tidak memberi manafaat kepada  rakyat. Jadi, semua ini akan terus berlaku dan menjadi kudis kepada masyarakat. Bagi saya, kerajaan tidak perlu bermain wayang untuk mengatasi gejala sosial walhal pada masa yang sama mereka mengizinkannya. 

Sebagai kesimpulan, kita haruslah memilih secara bijaksana hiburan untuk diri kita. Saya sendiri berminat dengan muzik. Antara pilihan saya sebagai halwa teliga adalah lagu yang mempunyai mesej positif  seperti lagu-lagu dari Bob Marley, The Clash, Dum Dum Tak, Iwan Fals dan Ebit G Adi. Juga lagu-lagu berunsurkan seni seperti Radiohead, Coldplay, Travis, P. Ramlee, Malique dan banyak lagi yang tidak pernah dimainkan di radio kereta anda.

Tuesday, January 18, 2011

PUTUS HARAPAN

Berusahalah sebaik mugkin dan tidak perlu kecewa dengan sesuatu yang diluar kawalan kita.

Friday, January 14, 2011

KUCING DAN ANJING

Kucing adalah raja. Anjing adalah hamba.

IDOLA

Selagi artis atau ahli sukan mengeluarkan bau busuk ketika 'melabur', aku tidak akan menjadikan mereka sebagai idola.

BOS

Buku The Prince (Niccolo Machiavelli, 1513) ada mengatakan, seorang pemimpin lebih baik ditakuti daripada dicintai. Perasaan cinta akan hilang bila kepentingan rakyat/individu tidak dipenuhi. Namun perasaan takut didorong oleh kecemasan kena hukuman, dan ia tidak akan berkurangan.

P/S: Inilah kitab suci hampir semua pemimpin dunia termasuk Malaysia.

Monday, January 10, 2011

MINYAK MASAK

Marilah kita memulakan kempen hanya gunakan satu sudu minyak masak. Minyak masak sangat membahayakan kesihatan kerana banyak kolestrol. Sebanyak 30 juta pokok kelapa sawit di Malaysa turut menyahut kempen ini dengan tidak mengeluarkan buah menyebabkan tiada minyak masak di pasaran. Sahutlah seruan kerajaan wahai rakyat Malaysia.

Friday, December 31, 2010

SELAMAT TAHUN BARU

Demi malam ini, marilah kita tunggu berita buang bayi di surat khabar pada bulan September nanti.

GARUDA PENGIKAT BATA

Tolong jangan hina negara mereka lagi. Sila lihat depan dan belakang. Jangan jadi jahil.

Sunday, December 26, 2010

KESAN KETUM


Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhanfamiliRubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth. 

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

Kesan-kesan minum air daun ketum:
  • susut berat badan
  • insomnia
  • anoreksia
  • bibir menjadi kering
  • sembelit atau kesukaran membuang air besar
  • kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya

KESAN GANJA


Menghisap ganja mengubah persepi masa dan jarak serta mencacatkan daya ingatan jangka pendek koordinasi. Perasaan 'high' berlarutan di antara 2-3 jam selepas menghisap sebatang rokok ganja. THC dalam dos yang tinggi mengubah pandangan dan menyebabkan halusinasi.

Satu reaksi daripada penggunaan ganja ialah reaksi cemas yang datang dengan tiba-tiba. Reaksi ini terjadi walaupun dengan hanya menghisap sebatang rokok ganja. Penghisap menjadi cemas,bimbang dan syak sehingga berasa dirinya tidak terkawal lagi.

Ganja mempengaruhi seseorang itu secara fizikal dan psikologikal dengan begitu halus sehingga tidak disedari oleh pengguna. Kerosakkan/bahaya psikologikal hanya dapat dilihat orang lain dan ketara kepada pengguna apabila sudah terlambat.

Tiada sesiapa pun yang dapat membuktikan bahawa penghisap ganja dengan dos yang besar boleh mendatangkan maut walaupun ada laporan mengenainya. Setakat ini, tidak ramai doktor yang boleh menentukan bahawa sesuatu kematian adalah disebabkan oleh ganja.

Hakikat bahawa kematian kerana ganja tidak berlaku sejurus selepas menghisap bahan ini, tidak bermakna bahawa ia tidak boleh berlaku.

YAKIN DIRI

Walau anda rupawan macam manapun tapi malas membaca, anda tetap seorang 'loser'. Hanya dengan ilmu sahaja manusia dapat keyakinan diri.

Saturday, December 25, 2010

HIBURAN TANAHAIR

Mengapa Melayu tidak maju? kerana hari-hari mendengar muzik sampah.

Sunday, December 19, 2010

AKU TAKUT DIBAKAR

Hidupku sangat penat,
Kisah selepas seperti hantu,
Mengusik hidup dan bersarang di jiwa.

Hidupku sangat penat,
Aku tahu bezakan warna,
Aku tahu menghitung kira,
Tapi mengapa aku tidak tahu guna?

Hidupku sangat penat,
Tak mungkin Tuhan akan terlupa,
Bila tiba pada saatnya,
Api menyambut merah menyala.

SENI

Subjek pendidikan seni atau 'art' di sekolah dan universiti adalah mengarut. Siapa mereka nak menentukan apa itu seni? Leonardo da Vinci atau P. Ramlee tidak pernah pun ambil subjek itu di sekolah. Seni terletak pada kepala otak engkau. Dan aku.

Thursday, December 16, 2010

MAKSUD SEBENAR LAGU 'NO WOMAN NO CRY'

Banyak salah tanggapan berlaku berkenaan lagu ini. Kebanyakan orang fikir kalau tiada perempuan kaum lelaki tidak akan bersedih akibat dikecewakan perempuan. Sungguh jiwang fikiran anda. Ini terjadi disebabkan tiap-tiap hari asyik dengar alunan muzik jiwang karat di radio. Pemikiran  yang sangat dangkal ini menjadi punca mengapa orang orang Melayu susah nak maju.

Lagu Bob Marley ini menceritakan kalau tiada perempuan di dunia ini, orang lelaki akan berbalah dan berperang sesama sendiri. Dunia tidak mungkin menjadi aman. Sebab naluri lelaki sangat ego untuk menangis dan tidak akan menangis. Disebabkan tangisan perempuanlah jiwa lelaki menjadi lembut. Itu adalah lumrah lelaki. Bila lelaki tertewas dengan tangisan perempuan, akan timbul perasaan belas kasihan dan toleransi. Justeru dunia ini akan jadi lebih aman. Itu saja.


Said I remember when we used to sit
In the government yard in Trenchtown
Oba, ob-serving the hypocrites
As they would mingle with the good people we meet
Good friends we have had, oh good friends we've lost along the way
In this bright future you can't forget your past
So dry your tears I say

No woman, no cry
No woman, no cry
Oh my Little sister, don't she'd no tears
No woman, no cry

P/S: Fahami betul-betul lirik di atas. Lagu jiwang ke ni?

Wednesday, December 15, 2010

BOSAN DENGAN HIDUP

Apa tujuan kita hidup? Hanya dengan berfikir, hidup engkau tidak akan bosan.